Penglibatan dalam politik Wan_Aishah_binti_Wan_Ariffin

Aishah mula tampil di pentas ceramah Parti Islam SeMalaysia PAS. Beliau yang sebelum ini merupakan orang kuat UMNO[8] sebelum ini mengakui sudah berubah. Beliau memilih PAS kerana Islam dan ingin berdakwah melalui PAS kerana mendakwa parti ini mempertahankan agama Islam.[9][10]

Beliau meluahkan kebimbangan terhadap UMNO dan Barisan Nasional yang dilihat tidak menjamin akidah anak-anak masa hadapan disamping mendakwa gejala penyelewengan rasuah yang berleluasa. Beliau juga menyeru ibu–ibu agar celik IT didalam membesarkan anak-anak. Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap Ketua Wanita UMNO kerana menganggap Menteri Kebajikan dan Masyarakat itu tidak amanah dalam menjalankan tugas.[11]

Beliau bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 2013 untuk kerusi Parlimen di Jempol.[12]

Kini, beliau disahkan telah menyertai Parti Amanah Negara sejak tahun 2015.

Rujukan

WikiPedia: Wan_Aishah_binti_Wan_Ariffin http://www.sabahdaily.com/2012/07/aisyah-saya-pili... http://www.theedgemalaysia.com/in-the-financial-da... http://www.youtube.com/watch?v=Pu-IUEmM3bs&feature... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=10... http://www.sinarharian.com.my/politik/peminat-horm... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt...